Syoknya Masa Kecil Nenekku #
Berat: 0.304kg | 22 Mukasurat
ISBN: 9789672466970
Penerbit: Odonata Publishing
Penulis: Lynhue Wong
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 22 m/s
Halaman: berwarna
Format: hardcover
Berat (kg): 0.304 kg
Dimensi (cm): 20.5cm x 29cm x 0.8cm
SINOPSIS
Bermain dan berseronok ialah saat-saat manis bukan sahaja bagi
kanak-kanak, bahkan juga dalam kenangan waktu kecil orang
dewasa. Tidak kira masa dan di mana jua kita berada, tidak kira
masih kecil ataupun sudah dewasa, zaman kanak-kanak yang
paling menyeronokkan itu sentiasa tersemai dalam sanubari kita.
Dalam kenangan masa kecil nenekku yang paling dirindukannya,
kebun sayur dijadikan taman riadah, ladang getah pula dijadikan
tempat mereka bermain lastik. Alam semula jadi bagaikan
pembekal bahan mainan yang begitu hebat, aktiviti bermain akan
menjadi penuh kreativiti dengan menambahkan sedikit daya
imaginasi sahaja. Marilah membaca buku ini, sama-sama kita
bersuka ria di taman riadah nenekku!
“Karya yang cemerlang dan menerujakan! Melalui buku bergambar ini, penulis
melakarkan kenangan zaman kanak-kanak generasi dahulu dengan
mempersembahkan unsur-unsur tempatan yang penuh nostalgia. Kesederhanaan
bahasa dan gaya ilustrasinya selari dengan suasana kehidupan masyarakat desa
pada era 70-an dan 80-an. Berasaskan daya pemerhatian yang terperinci,
kemahiran yang kukuh dalam mengilustrasi, serta penumpuan terhadap tujuan
asal pemilihan tema, beliau berjaya menghasilkan sebuah buku bergambar
original yang terbaik, disempurnakan dengan penerapan ciri-ciri dan sentimen
tempatan.”
Sooi Sooh Chui, Orang media berpengalaman merangkap Penggalak buku
bergambar
“Penggunaan bahasa yang mahir, ciri-ciri tempatan yang tebal, kenangan zaman
yang mendalam dan reka bentuk struktur yang sofistikated. Kelebihan-kelebihan
tersebut telah mengangkat karya ini ke puncak tertinggi dalam bidang buku
bergambar original di Malaysia. Karya yang sesuai untuk pembaca dewasa dan
kanak-kanak ini, mengusik perasaan orang dewasa, juga menarik dan mesra
kanak-kanak. Buku bergambar ini boleh dihayati bersama oleh para ibu bapa dan
anak, dengan itu hubungan erat kekeluargaan dapat dijalin, malahan nadi
kehidupan berbudaya boleh diwarisi generasi pada masa kini dan akan datang. ”
Kuek Ser Kuang Hong, Penggalak amalan membaca merangkap Guru
berpengalaman